fbpx

Penduduk desak bangunkan semula Kampung Iboi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (empat dari kiri) meninjau semula lokasi paling teruk terjejas pada Majlis Memperingati Genap Setahun Derita Rakyat Iboi berdekatan Jambatan Bailey di Kampung Iboi, Baling hari ini.

BALING – Penduduk Kampung Iboi, di sini mendesak kerajaaan negeri dan Persekutuan melaksanakan segera 23 tuntutan berkaitan pembangunan semula kampung tersebut selepas tragedi aliran puing dan banjir lumpur, setahun lalu.

Ketua Komuniti kampung itu, Noor Mohamad Che Husain, 60, berkata, kehidupan rakyat terjejas kerana banyak kemudahan asas di situ rosak dan musnah dalam bencana tersebut.

“Kami berharap tindakan segera dan lebih serius diambil dalam menangani masalah rakyat di sini yang masih trauma dan terkesan dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memperingati Genap Setahun Derita Rakyat Iboi di sini, hari ini.

Menurutnya, salah satu perkara yang dilihat penting adalah pembinaan jambatan baharu bagi mengantikan jambatan rosak.

“Sehingga sekarang penduduk masih menggunakan Jambatan Bailey untuk keluar masuk dari kampung ke jalan utama kerana itu satu-satunya jalan yang ada dan paling dekat ke jalan utama,” ujarnya.

Selain itu, katanya, antara tuntutan lain adalah jalan berturap, sistem perparitan, tiang elektrik, bantuan aktiviti pertanian, rumah baharu dan kawasan tadahan air.

“Ramai penduduk kehilangan punca pendapatan kerana hasil tanaman dan kebun serta petak sawah padi rosak dan musnah dalam kejadian tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua tuntutan itu sukar dipenuhi sekiranya tiada hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI