fbpx

Govinda pernah ‘tergilakan’ Madhuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOVINDA mengakui pernah sukakan Madhuri Dixit suatu ketika dahulu.

Aktor popular Bollywood era 1980an, Govinda mendedahkan pernah menyimpan perasaan terhadap teman seperjuangannya, Madhuri Dixit.

Perasaan tersebut terdetik ketika sama-sama berada di puncak kegemilangan.

Katanya sambil berseloroh, andai tidak bertemu jodoh dengan isterinya, Sunita Ajuha, tentu saja dia sudah mendekati aktres jelita itu.

Mula menceburi industri perfileman pada tahun 1986 menerusi Ilzaam, kedua-dua pelakon popular itu pernah bergandingan dalam Paap Ka Ant dan Izzatdaar.

Akui aktor berusia 59 tahun itu lagi, Madhuri juga pernah membuat penampilan khas dalam naskhah terbitan rakannya itu yang berjudul l Bade Miyan Chote Miyan.

Lebih lucu apabila dalam satu wawancara pasangan tersebut turut sama-sama menyebut nama Madhuri sebaik ditanya siapa pilihan utama lelaki terbabit.

Begitupun itu sekadar gurauan kerana baik Govinda mahupun Madhuri, kedua-dua mereka bahagia menjalani kehidupan berkeluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI