fbpx

Lagak superman, zig zag, sekumpulan penunggang motosikal dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam.

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan susulan video tular penunggang motosikal menunggang secara berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek-suspek terlibat bagi membantu siasatan.

“Semalam lebih kurang pukul 11 malam telah tular video berdurasi 0.13 saat itu di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Selangor sedang giat kesan mereka yang terlibat.

“Mereka membuat aksi berbahaya seperti ‘superman’ dan ‘zig zag’ sambil menguji kelajuan sesama sendiri serta dipercayai berlaku di susur keluar Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, tindakan semua penunggang itu menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain kerana boleh mengundang risiko kemalangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

“Jesteru, polis turut meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Alauddin Salehudin di talian 013-6420184 atau 03-60641222,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI