fbpx

Lelaki maut langgar tiang lampu di Bandar Country Homes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum tercampak selepas melanggar tiang lampu jalan di Jalan Desa 3, Bandar Country Homes, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12.18 tengah malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 23 tahun menunggang motosikal dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang.

“Mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum tercampak selepas melanggar tiang lampu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI