fbpx

Barisan bintang Chelsea bakal jadi ‘komando’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Chelsea akan berdepan latihan keras ala komando selama dua minggu sebelum kelab London itu mengharungi jelajah pramusim di bawah kendalian Pochettino.

LONDON – Barisan bintang Chelsea dijangka berdepan ‘penderaan’ mental dan fizikal ketika Mauricio Pochettino dilaporkan bakal memulakan tugasan di padang secara rasmi esok.

Bekas pengendali kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain itu cukup dikenali sebagai jurulatih yang mementingkan aspek kecergasan dan merancang latihan keras ala komando selama dua minggu sebelum kelab bakal sertai jelajah pramusim.

Perkara yang ditakuti pemain Chelsea pastinya untuk menghadapi ujian Gacon ketika bekas pengendali, Frank Lampard sebelum ini pernah menyatakan tahap kecergasan pasukan tidak berada pada tahap terbaik dan pemain perlu kerja lebih keras untuk mengembalikan tahap fizikal lebih baik.

“Sebagai permulaan, pemain mempunyai tempoh 45 saat untuk melengkapkan 150 meter lari­an dan hanya ada 15 saat rehat,” menurut Pochettino yang dipetik menerusi bukunya, Brave New World.

Pengurus dari Argentina itu pernah ‘mendera’ pemain Tottenham Hotspurs dan hasilnya kelab itu kekal konsisten dan berjaya membawa pasukan ke final Liga Juara-Juara.

Kali ini, pemain Chelsea dijangka berdepan situasi sama dengan corak latihan yang bakal diterapkan dan hasilnya pasti ditagih oleh peminat Chelsea untuk mengharungi tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketika bersama Southampton sebelum ini, bekas pemain, Rickie Lambert akui pengurus itu mempunyai cara tersendiri untuk dilakukan dalam latihan pasukan dan lebih gemar pemain kekal berlari

“Saya bermain 90 minit, namun saya tetap lakukan 24 la­rian. Saya terus berlari dan hampir menangis tapi saya juga tahu apa yang dia sedang lakukan.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI