fbpx

PRN: DAP tampil calon baharu di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/ KOSMO!

SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan akan menampilkan beberapa baharu sebagai calon parti itu bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini tidak lama lagi.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi membolehkan proses itu berjalan, beberapa orang penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari parti berkenaan sudah tentunya tidak akan dicalonkan semula.

“Dalam mana-mana pilihan raya perlu ada proses perubahan supaya ada muka-muka baharu, itu perkara biasa dalam setiap pilihan raya. Begitu juga dalam PRN akan datang, akan ada muka baharu, bukan semua penyandang akan dicalonkan semula. Tetapi ia tidak bermaksud semua penyandang itu tidak baik, saya katakan semua penyandang baik malah setia tetap ada faktor-faktor lain yang perlu kita ambil kira.

“Perlu ada muka baharu dan ada penyandang yang perlu berikan laluan dan beri peluang muka baharu sebagai proses membawa wajah-wajah baharu sebagai calon kami, itu proses biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.

Anthony bagaimanapun memberitahu, berapakah jumlah muka baharu yang akan ditampilkan itu belum dapat diputuskan kerana proses rundingan kerusi masih berlangsung bagi dimuktamadkan termasuk berhubung kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah.

“DUN (Negeri Sembilan) bubar hari ini, lepas bubar DUN ada banyak proses lagi jadi kita ada beberapa minggu lagi untuk buat keputusan dan keputusan akan dibuat mengikut proses dan proses rundingan masih berjalan untuk memuktamadkan kerusi, apabila telah dimuktamdkan, kita akan tahu kerusi-kerusi yang akan ditandingi dan daripada itu kami akan tentukan calon. Saya katakan dengan jelas kepada semua penyandang tadi, akan ada penyandang yang akan diminta untuk berikan laluan kepada muka baharu.

“Jika saya perlu berikan laluan saya kena beri laluan, tetapi belum buat keputusan, belum ada keputusan muktamad, akan ada proses dalam masa dua minggu ini,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban dalam pada itu turut memberitahu, selain bekerja di setiap DUN yang akan ditandingi PH kelak, jentera pilihan raya DAP negeri ini juga akan turut membantu calon-calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang ditandingi pula oleh parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI