fbpx

Feri P. Pinang mungkin tidak kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Impian penduduk tempatan untuk melihat feri ikonik Pulau Pinang kembali beroperasi mungkin tidak menjadi kenyataan susulan terminal feri di tanah besar di sini dikatakan telah ‘diroboh’ pihak pengurusan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, struktur kedua-dua terminal feri dibahagian pulau dan tanah besar didakwa telah dimusnahkan oleh pihak pengurusan feri terbabit selepas perkhidmatannya dihentikan sejak tiga tahun lalu.

“Asalnya kita ingat, lepas jadi kerajaan kita mahu kembalikan feri bersejarah ini untuk digunakan dengan kos baik pulih tidak sampai RM30 juta. Tapi masalahnya sekarang sekiranya kita baik pulih pun tak guna juga kerana pentadbiran dahulu selepas menamatkan khidmat feri ini, mereka hancurkan juga terminal…saya pun tak tahu apa niatnya mereka hancurkan itu terminal ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan bas RapidPenang Bagan Dalam LOOP yang berlangsung di hadapan pejabat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, tidak pasti mengapa pihak pengurusan bertindak sedemikian.

“Bila terminal dah hancur, ke mana feri-feri ini nak berlabuh? Kenapa dia hancurkan terminal, ini saya tak tahu, kena tanya orang dulu,” soalnya.

Pada Mac lalu, media melaporkan Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi feri ikonik ke Pulau Pinang yang dihentikan operasinya sejak 31 Disember 2020.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu tidak boleh dilaksanakan dalam kadar segera kerana ia perlu berdepan banyak cabaran antaranya isu pengubahsuaian terminal feri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI