fbpx

‘Berkurung’ waktu malam elak terserempak beruang matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat beruang matahari yang dikesan berkeliaran di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman sejak seminggu lalu.

KEMAMAN – Penduduk Kampung Labohan, Kerteh di sini gempar dengan kemunculan seekor beruang matahari di kawasan perkampungan itu sejak minggu lalu.

Seorang penduduk, Zamri Mohamad, 48, berkata, kelibat haiwan dianggarkan setinggi lebih satu meter itu dikesan mencari makanan berhampiran pokok nangka di pekarangan rumahnya pada Isnin lalu.

“Saya ternampak kelibat beruang matahari itu sewaktu memberi ayam makanan pada pukul 5 petang.

“Bimbang dengan keselamatan diri. saya segera masuk ke dalam rumah. Haiwan tersebut berlegar-legar di pekarangan rumah saya selama 10 minit sebelum beredar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zamri memberitahu, sejak kejadian itu, penduduk kampung tidak berani keluar rumah terutama pada lewat petang dan malam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, setakat ini, mereka menemui kesan cakaran kuku beruang matahari pada beberapa pokok nangka dan kuini di sekitar kampung tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Labohan, Mohd. Nor Abdul Samad memberitahu, beruang tersebut dipercayai berasal dari kawasan bukit berhampiran.

“Beruang matahari sama dipercayai telah merosakkan kebun kelapa penduduk kira-kira dua bulan lalu.

“Tetapi sekarang haiwan tersebut semakin berani memasuki kawasan penempatan penduduk. Mungkin sebab sekarang ini musim buah,” katanya.

Mohd. Nor berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil langkah memasang perangkap bagi menangkap haiwan itu pada Selasa lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI