fbpx

Agong bertemu Putera Mohammed bin Salman di Mina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Putera Mohammed dalam pelbagai perkara.

PETALING JAYA – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Baginda menzahirkan harapan tersebut pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman di Mina, semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Dalam majlis yang berlangsung selama 1 jam tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Putera Mohammed dalam pelbagai perkara.

“Ia termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara, semalam.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan Kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini.

Jelasnya, pertemuan itu juga merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI