fbpx

Team Black Mamba PDRM bantu atasi kesesakan lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Team Black Mamba mengawal kesesakan lalu lintas sepanjang perayaan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengaktifkan Team Black Mamba bagi menumpukan aspek rondaan kesesakan dan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan Aidiladha.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, penubuhan pasukan itu adalah respons kepada penyuraian aliran trafik di lebuh raya utama yang mengalami kesesakan luar biasa.

“Team Black Mamba dijenamakan semula bagi Team Task Force JSPT yang terdiri daripada pegawai dan anggota Unit Risikan/Operasi atau Skuad 42.

“Unit ini dilatih khas dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan pelbagai tugas melibatkan pelbagai elemen dalam JSPT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab berkenaan.

“Team Black Mamba terdiri daripada dua pegawai dan 22 anggota yang menggunakan aset motosikal berkuasa tinggi.

“Antara tugas yang dijalankan adalah risikan melibatkan jenayah trafik, menjalankan operasi terancang, menjalankan tugas-tugas mengiring, membuat pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan,” katanya.

Tegas beliau, JSPT pada segenap masa sentiasa bersiap sedia bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna jalan raya dan lebuh raya.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI