fbpx

Sarung bantal tidak dicuci lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sel-sel kulit mati manusia menarik kehadiran hama habuk. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Sarung bantal yang tidak dicuci selepas diguna selama seminggu akan menjadi ‘sarang’ pembiakan tiga juta bakteria iaitu kira-kira 17,000 kali ganda lebih banyak berbanding purata kuman pada mangkuk tandas, lapor akhbar New York Post semalam.

Analisis dijalankan oleh syarikat pembekal tilam Amerisleep yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu merangkumi data kebersihan untuk tilam, linen dan sarung bantal, serta pencegahan patogen yang berpotensi bersembunyi di sebalik cadar.

Pakar memberi amaran bahawa sarung bantal khususnya, harus ditukar secara rutin dan lebih daripada seminggu sekali (atau sebulan).

“Apabila tidur di katil, anda mencemarkan cadar katil dengan sel kulit mati (kira-kira 50 juta sehari), peluh, solekan, losyen, rambut dan apa sahaja yang dipakai pada siang hari termasuk debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat, zarah kotoran, bakteria dan zarah virus.

“Sel kulit mati dan peluh menyediakan makanan untuk hama habuk yang menariknya ke katil anda dan membantu ia membiak,” kata Dr. Hadley King.

Walaupun doktor menyarankan orang ramai agar  menukar sarung bantal setiap beberapa hari dan cadar setiap minggu, sesetengah orang menunggu sebulan atau lebih untuk mencuci cadar mereka.

Tinjauan di Britain mendapati bahawa hampir separuh daripada lelaki menunggu sehingga empat bulan untuk menukar cadar mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI