fbpx

Wanita jatuh kepala dahulu dalam lubang najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan wanita berkenaan yang terjatuh ke dalam lubang sisa kumbahan ketika menggunakan sebuah tandas sementara. - Jabatan Bomba Brinnon

QUILCENE, WASHINGTON – Seorang wanita di Washington, Amerika Syarikat terpaksa diselamatkan dan dibersihkan oleh anggota bomba selepas terjatuh ke dalam lubang najis  ketika cuba mencapai telefon bimbitnya yang tercicir, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Mangsa dilaporkan sedang memegang telefon bimbit ketika menggunakan sebuah tandas sementara di Gunung Walker apabila peranti itu tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang najis pada Selasa lepas.

Ketika cuba mengambil telefon bimbit itu, mangsa mencabut tempat duduk tandas dan menggunakan tali pengikat anjing untuk menarik keluar peranti itu.

“Cubaan menarik keluar telefon bimbit itu tidak berjalan lancar, sebaliknya mangsa pula yang terjatuh,” kata Ketua Jabatan Bomba Brinnon, Tim Manly.

Mangsa yang pergi ke Gunung Walker secara berseorangan, dikatakan cuba keluar daripada lubang  tersebut, namun gagal berbuat demikian.

Namun, sejurus berjaya mencapai telefon bimbitnya di dalam lubang sisa kumbahan, dia menelefon talian kecemasan menggunakan peranti yang masih berfungsi itu.

“Sebelum ini, saya tidak pernah berdepan dengan kes menyelamat seperti ini, namun kini saya tahu bahawa ia bukan satu tempat yang bagus,” kata Manly.

Mangsa kemudiannya ditarik keluar oleh anggota bomba menggunakan tali.

Seorang pegawai bomba berkata, wanita itu disaran mendapatkan rawatan perubatan selepas terdedah kepada najis manusia, namun dia memi­lih untuk pergi dari situ. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI