fbpx

‘Bukan keizinan saya’: Wanita salahkan nyamuk membiak dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koh meletakkan kesalahan itu pada nyamuk yang ditemui NEA. - The Strait Times

SINGAPURA – Seorang wanita di Singapura baru-baru ini didenda SGD$1,400 (RM4,870) kerana ‘membenarkan’ nyamuk membiak di dalam mangkus tandasnya, lapor laman berita Asiaone hari ini.

Nyamuk itu ditemui semasa pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melakukan pemeriksaan di blok perumahan wanita tersebut, Koh Ee Sian pada 9 Mei 2022.

Mereka menemui nyamuk membiak di dalam mangkuk tandas di bilik tidur utama Koh dan sampel jentik-jentik telah diambil di hadapannya.

Analisis saintifik oleh Institut Kesihatan Alam Sekitar menemui larva nyamuk Aedes di dalam mangkuk tandas tersebut.

Semasa perbicaraan, Hakim Daerah Brenda Chua berkata, Koh cuba menyalahkan NEA atas kegagalan memaklumkan orang ramai bahawa nyamuk tidak boleh membiak di dalam mangkuk tandas.

Selain itu, tertuduh cuba meletakkan kesalahan itu pada nyamuk yang ditemui dan bukan dirinya. 

Dia mendakwa ‘tidak memberi sebarang kebenaran kepada nyamuk untuk masuk dan membiak di dalam mangkuk tandas’.

Koh mendakwa dia tidak sedar air di dalam mangkuk tandas bilik tidur utama rumahnya bertakung kerana hanya menggunakan tandas di dapur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI