fbpx

Tuntutan Sulu: Kemenangan suatu kelegaan buat rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar

KOTA KINABALU – Penolakan Kes tuntutan kumpulan Sulu ke atas Malaysia di mahkamah antarabangsa membuktikan kerajaan Malaysia berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan di Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda dan Mahkamah Rayuan Paris di Peracis itu boleh menjadi pengakhir kepada segala usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merompak serta menganggu gugat kedulatan negara.

“Hal ini juga membuktikan dakwaan kumpulan tersebut tidak berasas, gagal dan tidak boleh dilayan.

“Malahan kemenangan ini pastinya lebih dirasai oleh rakyat Sabah yang sekian lama dihantui dengan tuntutan sehingga ada pihak mendakwa kes terbabit dipolitikkan setiap kali tiba musim pilihan raya,” katanya dalam kenyataan berhubung kemenangan Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu, sewaktu persidangan Dewan Rakyat kerap kali membangkitkan isu sama dan berharap kerajaan komited untuk menangani perkara tersebut yang sudah lama berlarutan.

Pada 6 Jun lalu, Malaysia melakar sejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh penimbangtara antarabangsa, Dr. Gonzalo Stampa dan memutuskan Stampa telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

Mahkamah Rayuan The Hague Belanda semalam menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI