fbpx

Anggota polis cedera, treler rempuh pos pengawal IPD Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH treler membawa muatan barangan sukan merempuh pagar dan pos pengawal IPD Tapah di Tapah, Perak awal pagi tadi. - Foto IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang anggota polis cedera selepas sebuah treler membawa muatan barangan sukan merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.20 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Jovie Jihom, 23, cedera di bahagian muka dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, anggota terbabit sedang bertugas dan berada di dalam pos pengawal.

Katanya, sebuah treler dipandu lelaki berusia 31 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pos pengawal berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan pos pengawal tersebut runtuh dan terdapat seorang anggota terperangkap di dalam runtuhan. Mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan tangan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu treler yang cedera pada tangan kanan telah dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian saringan air kencing dan hasilnya didapati negatif daripada pengambilan barang terlarang.

“Permohonan reman ke atas pemandu treler itu akan dijalankan esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI