fbpx

Mahkamah: Rozman Isli lepas, bebas salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozman (depan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Firdaus Johari.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. (LLPM).

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan wujudnya prima facie terhadap Rozman, 59, diakhir kes pendakwaan itu.

“Pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie. Tertuduh kamu kini dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Rozman didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd. Azmi manakala Rozman diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI