fbpx

Status endemik diumum selepas mesyuarat Kabinet minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan status peralihan fasa endemik Covid-19 selepas membentangkan laporan tersebut kepada mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan mengenai fasa peralihan endemik itu akan diumumkan selepas mesyuarat berkenaan.

“Sebenarnya, keputusan ini kita akan umumkan selepas saya membawa pembentangan kepada Kabinet daripada Bahagian Kesihatan Awam.

“Mereka telah memberi saranan untuk kita laksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang boleh dikategorikan sebagai SOP baharu.

“Tetapi, (pengumuman) selepas saya bentang kepada Jemaah Menteri minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini hari ini.

Kelmarin, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan negara itu secara rasmi menamatkan status pandemik Covid-19 dan memasuki fasa endemik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI