fbpx

Projek ECRL Kelantan siap enam bulan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Soh (kiri) semasa mengadakan lawatan teknikal ke T-Beam Yard CCCC-ECRL Seksyen 1, Jerus di Pasir Puteh, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR PUTEH – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan lebih awal iaitu Jun 2026 berbanding jadual asal pada Januari 2027.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir. Nik Soh Yaacoub berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kemajuan projek jajaran ECRL di negeri ini yang sudah mencecah 61.97 peratus.

“Kesungguhan syarikat China Communications Construction Sdn. Bhd. (CCCC) dan sokongan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), projek ECRL di Kelantan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan lebih awal.

“Kerja-kerja pembinaan ketika ini merangkumi pemasangan rasuk jejambat (beam launching) dan penanaman cerucuk bagi Stesen ECRL yang pertama iaitu di Tunjong, Kota Bharu sedang giat dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan teknikal ke T-Beam Yard CCCC-ECRL Seksyen 1, Jerus, di sini hari ini.

Katanya, penggunakan teknologi baharu selain kepakaran yang dimiliki oleh pihak CCCC telah membantu melancarkan projek ECRL berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI