fbpx

Lambaian terakhir Acryl Sani buat PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani bersama isteri diarak menggunakan kenderaan rasmi pasukan PDRM sebelum majlis berakhir. FOTO: AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suasana meriah, namun terasa sayu. Begitu suasana yang mengakhiri persaraan Ketua Polis Negara ke-13, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara awal hari ini.

Beliau yang menabur bakti selama 37 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan pada Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini yang dihadiri lebih 500 pegawai kanan pengurusan tertinggi termasuk anggota keluarga.

Majlis yang bermula sekitar pukul 5.15 petang itu dimeriahkan lagi dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM yang mengalunkan beberapa buah lagu serta deklamasi sajak selama sejam, sebelum majlis paluan berundur dimulakan.

Sebelum majlis berakhir, beliau bersama isteri, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd. Isa diarak menggunakan kenderaan rasmi pasukan PDRM.

Beliau sempat merakamkan ucapan penghargaan buat pengamal media atas sokongan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat.

”Rakan-rakan media, terima kasih kerana menyokong PDRM,” ujarnya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Acryl Sani, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2021 menggantikan tempat Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Karier beliau bersama Sang Saka Biru bermula pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman dan Ketua Polis Kontinjen Terengganu, Sarawak serta Perak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI