fbpx

Elak pemotong rumput, remaja maut motosikal bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD YUSRI meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditunggangi bergesel di Jalan Telok Mas, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang remaja maut, manakala seorang lagi cedera cedera selepas motosikal ditunggangi mereka bergesel gara-gara mengelak pemotong rumput di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Muhammad Yusri Akbar, 18, yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 meninggal dunia lokasi, manakala Mohammad Syafiq Mohamed, 16, cedera di tangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Kominsioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian Mohammad Syafiq yang menunggang Modenass Kriss dalam perjalanan dari arah perumahan kedai menghala ke Sekolah Pernu.

“Mangsa sedang bergerak lurus, namun setiba di lokasi tiba-tiba ada pemotong rumput di tepi sebelah kiri menyebabkan dia mengelak ke kanan dan berlaku perlanggaran dengan motosikal ditunggangi Muhammad Yusri.

“Akibat kemalangan itu remaja berusia 18 tahun yang juga merupakan seorang pembantu kedai makan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, setakat ini tiada saksi yang tampil untuk membantu memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hopsital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI