fbpx

Agong, Permaisuri ucap takziah buat keluarga Rohana Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah di Facebook rasmi Istana Negara

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Allahyarhamah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.

Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarhamah telah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI