fbpx

Pintu pesawat tiba-tiba terbuka di ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu belakang sebuah pesawat terbuka secara tiba-tiba ketika ia dalam penerbangan dari Sao Luis ke bandar Salvador pada minggu lalu. - Foto Metropoles

BRASILIA, Brazil  –  Pintu sebuah pesawat Brazil terbuka secara tiba-tiba ketika ia berada di ruang udara dalam insiden yang memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas, lapor akhbar New York Post semalam.

Insiden itu disiarkan di laman Twitter dan berlaku pada ketinggian 9,144 meter.  Klip video mengenainya mencatat lebih 99,000 tontonan setakat ini. Insiden berlaku minggu lalu iaitu 30 minit selepas pesawat berkenaan berlepas dari Sao Luis menuju ke bandar Salvador.

Penerbangan itu membawa sebuah kumpulan penyanyi  tempatan tetapi penyanyi utama yang juga penulis lagu kumpulan itu, Tierry tidak berada di dalam pesawat tersebut.

Tierry sebaliknya lebih awal dengan menaiki penerbangan lain.

Kejadian itu hampir sama seperti dalam filem Cameron Crowe, Almost Famous pada 2000.

Berdepan dengan potensi bencana, juruterbang pesawat itu memutuskan untuk mengubah arah penerbangan dan melakukan pendaratan cemas dengan kembali ke  Lapangan Terbang Hugo da Cunha Machado di Sao Luis.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa masih menyiasat apa yang menyebabkan pintu itu terbuka selepas pesawat berkenaan berlepas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI