fbpx

DJ jadi ‘sultan’, tubuh negara sendiri di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang DJ radio, Randy 'R Dub' Williams (kiri) mempunyai sebuah negaranya sendiri di kawasan padang pasir seluas 4.45 hektar di California. - Twitter

LOS ANGELES, California –  Dalam satu langkah yang pelik, seorang  juruhebah radio, Randy ‘R Dub’ Williams mewujudkan sebuah negara sendiri yang kecil dan menjadikan dirinya sebagai ‘sultan’ di Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Wion News semalam.

Williams yang pernah mengembara ke lebih 190 buah negara diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  bertindak mewujudkan negaranya sendiri dikenali sebagai Slowjamastan. 

Negara baharu itu ditubuhkan  di sebuah gurun seluas 4.45 hektar di California. Williams berbuat demikian selepas melawat banyak negara lain.

“Saya telah melihat beberapa tempat luar biasa yang ramai orang tidak berpeluang untuk pergi. Apa yang seterusnya untuk saya adalah mewujudkan negara saya sendiri,” kata Williams semasa bercakap kepada saluran televisyen FOX 5.

Seperti negara-negara lain, Slowjamastan mempunyai peraturan untuk penduduknya. Penduduk ‘negara’ itu dilarang memakan keju dengan menggigitnya, memainkan muzik ‘mumble rap’ dan memakai kulit buaya.

AS bagaimanapun tidak mengiktiraf Slowjamastan secara rasmi walaupun 16 negara lain telah mengecop pasportnya. Williams berkata, seramai  5,000 orang telah mendaftar untuk menjadi rakyat Slowjamastan yang mempunyai lagu kebangsaan sendiri.

Slowjamastan dan negara-negara kecil lain adalah bebas namun tidak diiktiraf secara rasmi oleh negara-negara berdaulat dan terdapat kira-kira 70 negara sedemikian di seluruh dunia.

Williams mendapat idea untuk mewujudkan Slowjamastan selepas menemui sebuah negara kecil seumpamanya  di Nevada dikenali sebagai Republik Molossia.

Selepas membeli tanah berkenaan pada tahun 2021, Williams berusaha untuk membentuk sebuah negara dan meletakkannya di atas peta dunia. Slowjamastan turut mempunyai Parlimen serta mata wangnya sendiri, duble.

Bercakap tentang struktur kerajaan, Williams berkata ia adalah pemerintahan diktator yang kadangkala menjadi demokrasi.

“Kami adalah sebuah republik pada beberapa hari, tetapi pada hari-hari (lain) kami mempunyai pemerintahan diktator. Saya adalah pemimpin yang hebat yang membuat peraturan, walaupun kadang-kadang. Kami membiarkan masyarakat bersuara mengenai isu-isu yang penting kepada Slowjamastan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI