fbpx

Berguling atas lantai, Elly Mazlein dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN menerima kecaman ramai kerana aksi berguling di atas pentas Big Stage musim kelima (BS5).

PETALING JAYA – Aksi penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein terbaring dan berguling di atas lantai mengundang rasa kurang senang peminatnya yang menganggap aksi tersebut sebagai keterlaluan.

Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom dilihat berguling-guling di atas lantai dengan aksi kurang menyenangkan, kononnya kerana tersingkir daripada program Big Stage musim kelima (BS5) pada Ahad lalu.

Aksi yang dipamerkan selebriti berusia 42 tahun itu sekali gus membuatkan peminatnya berasa kurang senang dan menganggap tindakannya sebagai keterlaluan.

Malah, ada juga berpendapat bahawa Elly terlalu bersungguh-sungguh untuk kelihatan kelakar sehingga sanggup melakukan aksi yang boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang wanita dan juga isteri.

“Jangan ‘try hard’ sangat sampai jadi pelik. Orang jadi meluat nanti. Buat apa pun nanti orang jadi tidak suka,” tegur seorang netizen.

Antara lain, peminatnya juga mengingatkan pengacara itu antara tanda akhir zaman, apabila wanita mula hilang sifat malu.

“Antara tanda akhir zaman, wanita akan hilang rasa malu. Bukan saya cakap, tapi itulah yang malaikat Jibril beritahu pada Rasulullah SAW,” kata seorang netizen.

“Untuk Kak Lina Pom Pom, ingatlah awak isteri orang. Tolong jaga batas,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.

“Melampaunya aksi dia. Ingat elok sangat ke berguling-guling atas lantai? Dia ada anak kecilkan? Umur dah tua, buat perangai orang tua,” tegur seorang peminatnya.

Baru-baru ini, Elly dikritik netizen tentang penampilannya yang dikatakan semakin seksi dan berani. Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu kekal positif dan menerima teguran peminat yang banyak membantu kerjayanya selama ini.

“Tak kisah pun kalau ada yang tegur atau kritikan. Bagi saya, itu adalah tanda mereka sayang. Bila ditegur, saya ambil maklum dan berterima kasih atas sokongan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI