fbpx

[VIDEO] Al-Sultan Abdullah minta doakan Tengku Hassanal segera kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Hassanal berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan dan Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 DUN ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Dan mudahan-mudahan juga kita doakan anakanda (Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) segera kahwin,” seloroh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah demikian sebelum mengakhiri lafaz Titah DiRaja bersempena Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke 15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Baginda dalam ucapannya menzahirkan penghargan buat Tengku Hassanal kerana telah memegang tugas sebagai Pemangku Raja selama lima tahun bermula 2019.

“Pada pagi yang bahagia ini beta terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada anakanda beta Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang kerana telah memegang tugas sebagai Pemangku Raja selama lima tahun kerana beta menjadi Yang DiPertuan Agong.

“Dan ucapan terima kasih juga kepada semua khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Setiausa Kerajaan Negeri, ahli-ahli mesyuarat dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana telah memberi segala dorongan, sokongan dan tunjuk ajar dalam bermacam tugasan Hang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

“Mudah-mudahan anakanda beta dapat pelajari selok belok tentang urusan tadbir urus sebuah negeri seperti negeri Pahang,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli DUN atas usaha berterusan dalam memakmurkan negeri Pahang.

“Beta menyeru semua ahli DUN agar sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh kerajaan negeri Pahang,” titah baginda.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI