fbpx

Tambah baik dasar urus pekerja asing, tingkat penyertaan pekerja tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat MTEN Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kementerian-kementerian berkaitan melaksanakan libat urus dengan wakil-wakil industri serta mengenal pasti penambahbaikan dasar berkaitan pengurusan pekerja asing.

Selain itu, Anwar turut menambah, perlu ada penambahan program bagi meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 3 Tahun 2024 pagi tadi telah meneliti dua kertas pembentangan iaitu “Pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia” dan “Pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) bagi Tenaga Buruh Asing”.

“Bagi tujuan meningkatkan skala dan daya saing PKS, mesyuarat bersetuju bagi kerajaan mengambil tindakan intervensi ke atas isu-isu struktur yang dibincangkan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, konsep MTLM telah mula diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) sebagai mekanisme penambahbaikan dalam mengurus dan mengawal pekerja asing berkemahiran rendah.

“Ia bagi memastikan peratusan pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja. Dalam usaha ini, kerajaan telah menyasarkan supaya MTLM dilaksanakan sebelum hujung tahun 2024,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI