fbpx

Suspek serang Faisal Halim diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal (kiri) yang disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah terkemuka.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, di sebuah pasar raya di Kota Damansara, di sini, semalam

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Kita ada menangkap seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an. Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.

“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hussein, lelaki tersebut akan direman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Beberapa saksi bebas akan dipanggil pada hari ini untuk mengambil keterangan membantu siasatan kami untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, Hussein mengesahkan pihaknya menerima panggilan tentang pemain kebangsaan telah diserang dengan disimbah cecair kimia disyaki asid semasa berada di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

“Pemain itu mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan dilaporkan stabil,’ katanya lagi.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI