fbpx

Aktiviti hiking Lembah Maksina tiada permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulbaharin (dua dari kanan) ketika sidang media khas berkaitan tragedi kepala air yang mengorbankan tiga individu di di Lembah Maksina, Sungai Makuou, Tungku malam tadi. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

LAHAD DATU – Tiada sebarang kelulusan atau kebenaran diberikan daripada pihak Jabatan Perhutanan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas aktiviti ‘River Hiking’ yang mengorbankan tiga individu di Lembah Maksina, Sungai Makuou, Tungku malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail pada sidang media khas berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sebentar tadi.

Dzulbaharin berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang pemakluman tentang aktiviti terbabit Balai Polis Tungku.

“Lokasi kejadian merupakan di dalam hutan simpan Silabukan.

“Suatu kesalahan memasuki hutan simpan tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bercakap mengenai kejadian kepala air yang menimpa 15 orang mangsa di Lembah Maksina, Sungai Makuou, Tungku malam tadi, Dzulbaharin menyatakan bilik gerakan IPD Lahad Datu terima maklumat daripada panggilan kecemasan 999 yang memaklumkan kejadian 12 orang yang terperangkap dalam insiden kepala air ketika melakukan aktiviti “River Hiking” di Sungai Makuou, Tungku sekitar pukul 8.30 malam.

“Sepasukan polis dari Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Tungku kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba di Kampung Makuou pada pukul 10.30 malam.

“Pasukan penyelamat terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tungku
berjaya menyelamatkan sembilan individu warga tempatan dan tiga jurupandu.

“Semua warga tempatan terbabit seterusnya diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Tungku. Hasil siasatan awal mendapati seramai 11 orang peserta melakukan ‘River Hiking’ sekitar pukul 9 pagi semalam selain turut disertai empat juru pandu yang diketuai oleh penama Salleh,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, 11 peserta adalah kakitangan syarikat kelapa sawit yang beroperasi di daerah Lahad Datu manakala empat lagi juru pandu warga asing yang sering digunapakai sebagai juru pandu dalam aktiviti ini,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, seramai tiga mangsa setakat ini disahkan meninggal dunia kerana lemas terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang jurupandu warga asing yang mempunyai pasport. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI