fbpx

10 ‘warlord’ UMNO sertai PN hanya propaganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir pada sidang akhbar di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Dakwaan kononnya 10 ‘warlord’ daripada UMNO akan menyertai Perikatan Nasional (PN) hanyalah satu propaganda bagi meraih sokongan kepada gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia adalah mainan politik persepsi bagi mempengaruhi orang ramai.

“Ini semua persepsi, tak perlu guna persepsi itu. Sememangnya pilihan raya ini antara BN (Barisan Nasional), PH (Pakatan Harapan) dengan PN.

“Kedudukan itu sangat jelas dan rakyat akan memilih sama ada memilih BN-PH atau PN,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan keluar parti dan menyertai parti lain berlaku dalam mana-mana organisasi parti politik dalam negara.

“Dia ada musim dengan ada yang keluar parti disebabkan tindakan disiplin dan sebagainya, jadi mereka bawa diri kepada parti lain,” ujarnya.

PN sebelum ini dikatakan akan mengumumkan senarai 10 ‘warlord’ merangkumi individu yang disisihkan UMNO untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan urusan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI