fbpx

LHDN umum kenaikkan pangkat melibatkan 4 portfolio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 dan 1 Julai 2023, pengurusan tertinggi telah memutuskan beberapa pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan LHDN melibatkan empat portfolio.

Menerusi satu kenyataan hari ini, dua portfolio yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun lalu adalah Chakngari @ Yusof Daud dari Jabatan Pematuhan Cukai dinaikkan pangkat ke Pengarah Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko.

Manakala Mohd Shahriz Ramli dari yang bertugas di LHDN Cawangan Melaka kini dilantik sebagai Pengarah Negeri LHDN Melaka.

Sementara dua lagi pertukaran adalah, Zaleha Adam dari Jabatan Undang-Undang dinaikkan pangkat ke Pengarah Jabatan Operasi Setem dan CKHT yang berkuatkuasa 2 Julai nanti.

Dalam pada itu, Abd Rahman Yusof yang sebelum ini bertugas di Jabatan Teknologi Maklumat akan dinaikkan pangkat kepada Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat berkuatkuasa 8 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI