fbpx

Datuk Seri disiasat ugut mahu pangkat pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang juga ‘mafia korporat’ telah dijalankan selepas disyaki bertindak demikian di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku dalam dua kejadian berasingan pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan berkenaan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak TPR,” katanya secara ringkas semalam.

Terdahulu, media melaporkan kejadian berkenaan berlaku ketika seorang ahli perniagaan tempatan berusia 63 tahun mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun bersama seorang lagi rakannya di ibu negara.

Semasa kejadian, suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat.

Dimaklumkan suspek turut didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.

Sementara itu, dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan seorang rakan mereka.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI