fbpx

Giselle kembali aktif, sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GISELLE

SETELAH agak lama berehat, anggota kumpulan Aespa, Giselle akan kembali muncul membuat persembahan dan menghiburkan peminatnya.

Perkembangan menggembirakan itu diumumkan SM Entertainment yang mengatakan, situasi kesihatan keadaan penyanyi jelita itu bertambah baik dan akan menyertai semula promosi kumpulan dalam acara 32nd Lotte Duty Free Family Concert.

Awal bulan ini, label berkenaan mendedahkan Giselle tidak akan hadir dalam penggambaran Aespa untuk projek Knowing Brothers, dan beberapa hari kemudian, Giselle dikatakan akan berehat kerana kesihatan yang memburuk.

Terhimpit jadual yang sangat padat, keadaan Giselle yang bertambah baik memudahkan kumpulan mereka untuk meneruskan jelajah di Vietnam untuk Festival SEEN dalam masa terdekat.

Tidak terhenti di situ, kumpulan itu juga akan ke Jakarta untuk meneruskan jelajah dunia Synk: Hyper Line.iselle

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI