fbpx

Belia 17 tahun antara ditahan rasuah – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAZLAN (kiri) menyampaikan ucapan penutupan program antirasuah yang diadakan di ibu pejabat SPRM Johor, di sini, semalam.

JOHOR BAHRU – Golongan belia seawal usia 17 tahun antara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam gejala rasuah di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali mendedahkan statistik agensi itu menunjukkan seramai 85 belia berusia 17 hingga 24 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah sejak 2018 hingga tahun lalu.

“Dalam tempoh sama, 37 belia terlibat telah dituduh di mahkamah dengan seramai 31 orang didapati bersalah dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang negara.

“Sehubungan itu, SPRM menyeru kerjasama awam termasuk belia untuk melapor isu berkaitan rasuah melalui pelbagai platform yang disediakan agensi,” katanya ketika berucap pada Program Antirasuah Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Belia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di ibu pejabat SPRM Johor, di sini semalam.

Tambah Norazlan, pijak berharap pelaksanaan Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (Kiar) yang telah menjadi mata pelajaran wajib bermula pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi (IPT) akan membantu meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah.

“Dari aspek pendidikan, sebanyak 116 IPT juga telah menubuhkan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (Amar) untuk mendidik serta menyebar luas mesej antirasuah dalam kalangan pelajar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI