fbpx

Wanita dakwa lihat hantu selepas main papan Ouija

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alison Dunn merakamkan satu lembaga (dalam bulatan) hantu bersandar pada dinding selepas bermain dengan papan Ouija di Hotel Park di Morecambe, Lancshire pada 10 Jun lalu. - Foto Kennedy News/Alison Dunn

LONDON – Seorang wanita mendedahkan bahawa dia menghadapi kesukaran untuk tidur selepas menggunakan papan Ouija bagi memanggil makhluk halus, yang menyebabkannya melihat hantu di sebuah hotel, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita tersebut, Alison Dunn, bahkan berjaya merakamkan imej lembaga menakutkan itu dengan sebahagian badannya bersandar pada dinding di Hotel Park di Lancashire, England, pada 10 Jun lalu.

Pengurus bank berusia 49 tahun itu berkata bahawa gambar tersebut dirakam ketika semua pemburu makhluk ghaib tertumpu di bilik tidur tingkat empat hotel yang dianggap berhantu itu.

Walaupun tidak melihat apa-apa dengan matanya sendiri, Dunn berasa terkejut  apabila melihat gambar itu.

Tambahnya, ahli kumpulan lain merasakan bahawa laluan di hotel tersebut menjadi sejuk sejurus sebelum dia merakamkan gambar itu, malah mereka melihat cahaya yang berkelip.

 “Anda boleh melihat satu kaki jika anda terus melihatnya dan selebihnya kelihatan agak berbayang. Ia kelihatan seperti seseorang yang bersandar di dinding,” kata Dunn. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI