fbpx

Dana ubat adik Athif cukup RM9.9 juta dalam masa 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Athif

PETALING JAYA – Kutipan dana membantu bayi 15 bulan dikenali sebagai Muhammad Athif Fahri yang menghidap Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1 akhirnya mencukupi.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Misi Rakyat, kutipan lebih RM9.91 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 30 hari.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih semua, RM9.9 juta dalam tempoh 30 hari. Rakyat Malaysia sangat luar biasa.

“Baby Athif syukur atas kasih dari semua,” tulis Misi Rakyat.

Terdahulu, Kosmo melaporkan peluang Athif untuk hidup amat tipis jika tidak diberikan ubat Zolgensma yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan dengan lebih RM9 juta.

Difahamkan, Athif sebelum ini bergantung kepada ubat sementara dengan kos RM40,400 sebulan.

Terdahulu, Misi Rakyat berjaya mengumpul dana bagi membantu bayi yang menghidap penyakit sama iaitu Wan Muhammad Naail atau Naail. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI