fbpx

Tajaan pelajar perubatan, pergigian, farmasi dilanjutkan – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Pixabay

PUTARAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melanjutkan program penajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi bagi tahun ini.

JPA menerusi kenyataan di sini berkata, ia melibatkan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam negara (LSPM).

Katanya, penajaan JPA bagi bidang-bidang tersebut pada tahun ini boleh dipohon mengikut tempoh penawaran yang telah ditetapkan.

“PIDN bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah pertama dari 3 hingga 7 Julai depan manakala LSPM bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 dilanjutkan sehingga 23 Jun ini,” kata kenyataan itu.

Katanya, sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh dirujuk di laman web esilav2.jpa.gov.my.

Pada Ahad lalu Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan program biasiswa di bawah JPA khususnya untuk pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI