fbpx

Pantai Morib dilanda ribut, ditutup lebih dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja penebangan pokok sedang dijalankan di sekitar Pantai Morib, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Kawasan rekreasi di Pantai Morib akan ditutup lebih dua minggu bagi kerja-kerja pemulihan selepas lokaliti dibadai ribut semalam.

Kejadian ribut kira-kira pukul 5 pagi itu mengakibatkan 65 pokok tumbang selain menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bumbung rumah rosak.

Menurut Penyelaras Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat, Mazlan Abdul Manap, arahan penutupan lokaliti itu berkuatkuasa semalam sehingga 2 Julai depan bagi proses pembaikan aset dan infrastruktur di sekitar pantai itu.

Katanya, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemantauan dan penebangan pokok sejurus menerima laporan tersebut semalam.

“Kawasan Morib dan persekitarannya telah dilanda ribut, angin kecang dan hujan lebat yang agak luar biasa.

“Kita turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya bagi tujuan pemulihan dan memperkemaskan lokasi terjejas,” katanya ketika operasi pembersihan kawasan Pantai Morib, hari ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI