fbpx

GrabFood diperluas ke seluruh negara, penghantar makanan No. 1 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GRABFOOD Malaysia mengumumkan perluasan rangkaian perkhidmatan di seluruh Malaysia bersempena sambutan ulang tahunnya yang kelima. 

Perkhidmatan platform penghantaran makanan nombor satu itu kini telah menapak di lebih 100 daerah di Malaysia sejak dilancarkan pada Mei 2018 bersamaan dengan 95 peratus penduduk Malaysia.

Mengulas mengenai pencapaiannya, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia, Jiong Jian Tan, strategi perluasan itu tidak terbatas hanya kepada kawasan perkhidmatan. 

“Kami memperkasa perkhidmatan ini secara lokal demi kemaslahatan masyarakat tempatan. 

“Walau bagaimanapun, kami juga sedang berikhtiar untuk menambah baik perkhidmatan selari dengan keperluan komuniti di Malaysia. 

“GrabFood akan berusaha untuk menyesuaikan penghantaran on-demand dengan keperluan anda melalui inovasi teknologi terkini bagi menjamin kepentingan para pelanggan dan pemilik restoran,” katanya.

Tambah Tan, pihaknya telah menambah jumlah pilihan restoran bagi memudahkan para pengguna. Secara purata, jumlah restoran rakan peniaga GrabFood telah mencecah dua kali ganda setiap tahun sejak penubuhan platform penghantaran makanan tersebut pada tahun 2018.

Selain itu, GrabFood turut menumpukan perhatian kepada penambahbaikan yang menguntungkan para pengguna. 

Baru-baru ini,  GrabFood telah melancarkan Saver Delivery yang menawarkan caj penghantaran yang paling rendah iaitu serendah RM1. 

Bukan itu sahaja, GrabUnlimited juga menawarkan potongan harga berbaloi untuk semua perkhidmatan Grab. Perubahan itu memberi pelbagai peluang untuk warga Malaysia berjimat.

Melengkapi rakan peniaga dengan alatan untuk berkembang

Perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Pada tahun 2022, pengguna GrabFood membuat pesanan sebanyak 1.48 kali ganda berbanding tahun 2019 manakala purata keuntungan bulanan rakan peniaga kecil telah bertambah sebanyak 26 peratus selepas setahun berdaftar dengan Grab. 

Justeru, lebih ramai peniaga memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. 

Oleh itu, Grab menyediakan kelengkapan dan program relevan bagi membantu rakan peniaga meluaskan pasaran masing-masing. 

  • Pulangan enam kali ganda daripada iklan digital 

Ads Manager, alat layan-diri yang terdapat dalam aplikasi GrabMerchant membolehkan rakan peniaga mencipta dan mengesan iklan digital sendiri melalui peranti mudah alih mereka dalam masa kurang tiga minit. 

Secara purata, GrabAds memberikan pulangan enam kali ganda bagi setiap dolar yang digunakan untuk pengiklanan bagi rakan peniaga kecil Grab di rantau ini.

  • Strategi berasaskan data

Data & insights tool membolehkan rakan peniaga untuk menguruskan perniagaan, memantau hasil jualan, memerhatikan tabiat membeli pelanggan sekali gus, membantu mereka untuk merebut peluang perniagaan dan menangani masalah dengan lebih efisien.

  • Meningkatkan kemahiran digital

GrabAcademy for Merchants menyediakan rakan peniaga dengan cara terbaik untuk menjalankan dan memajukan perniagaan secara dalam talian.

“Pengalaman yang terbaik untuk ekosistem Grab adalah keutamaan kami, bermula sebagai perkhidmatan menyampaikan makanan yang mudah kini telah berkembang menjadi industri vital di Malaysia atas pelbagai faktor. 

“Kini, melalui aplikasi Grab, para pengguna dapat merasai pengalaman tempatan yang unik (hyperlocal experience) di negeri yang dilawati tanpa mengira lokasi semasa,” ujar Tan. 

Kedudukan GrabFood sebagai pemain utama dalam penghantaran makanan terkemuka di Malaysia disokong oleh tinjauan mengenai jenama yang paling kerap digunakan dalam kalangan pengguna penghantaran makanan yang dijalankan oleh Kantar, syarikat data, pandangan dan perunding terkemuka dunia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI