fbpx

Johnny Depp derma wang pampasan kes saman fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amber Heard dan Johnny Depp. - Getty Images

WASHINGTON – Pelakon Hollywood, Johnny Depp memilih beberapa badan amal untuk menderma wang pampasan yang diterima daripada bekas isteri, Amber Heard berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta) selepas memenangi kes saman fitnah yang penuh kontroversi.

Stesen penyiaran CNN melaporkan, Depp telah memilih lima badan amal untuk menyumbangkan wang penyelesaian itu termasuk Yayasan Make-A-Film, The Painted Turtle, Red Feather, Tetiaroa Society Marlon Brando dan Amazonia Fund Alliance.

Pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu merancang untuk menderma AS$200,000 (RM924,100) kepada setiap satu daripada lima badan amal tersebut.

Semasa perbicaraan mahkamah di negeri Virginia, juri memutuskan bahawa Depp dan aktres, Heard bersalah dalam kes saman fitnah tersebut pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua mereka kemudian mencapai penyelesaian pada Disember dengan Heard bersetuju untuk membayar AS$1 juta (RM4.6 juta) kepada Depp sebagai ganti rugi. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI