fbpx

Wanita kantoi curi barang kemas milik kakak ipar RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan kemas yang dirampas polis Barat Daya kelmarin.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang wanita selepas dipercayai mencuri barang kemas milik kakak ipar bernilai RM90,000 di kediaman mertuanya di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini kelmarin.

Wanita berusia 34 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) sebaik menerima laporan daripada pengadu yang juga kakak ipar suami suspek terbabit pada 10 Jun lalu.

Menurut kenyataan di Facebook IPB BD, tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas dia disyaki mencuri barang kemas yang diletakkan di dalam beg hitam, dalam almari ruang tamu rumah ibu mertuanya.

“Anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa adalah sebanyak RM90,000. Polis Barat Daya turut merampas (11) helai resit pajak gadai, (1) rantai leher emas anggaran berat 79 gram dan (1) loket emas anggaran berat 26 gram.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes ini dan kes di siasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita yang juga penganggur tersebut.

“Kejadian curi berlaku pada 5 November 2022 manakala pengadu menyedari kehilangan barang kemasnya pada 25 November tahun sama.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula 11 Jun lalu hingga hari ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI