fbpx

Vape bukan alternatif berhenti rokok – KP Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengulangi kebimbangan bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat dan boleh membawa kepada kecederaan paru-paru atau vaping product use-associated lung injury (EVALI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, vape juga adalah bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.

Beliau berkata, sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.

“Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

“Sehingga kini, KKM telah menerima 17 kes berkaitan EVALI. Justeru, KKM memohon semua pengamal perubatan agar terus membuat notifikasi kepada pihak KKM sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap EVALI,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 telah mencatatkan peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja berumur 13 sehingga 17 tahun meningkat dari 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus pada tahun 2022.

Dr. Muhammad Radzi berkata, peningkatan yang ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu dari 2.8 peratus pada tahun 2017 meningkat kepada 6.2 peratus pada tahun 2022.

Selain itu, katanya, KKM juga telah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi bermula Jun 2022.

“KKM juga telah mewujudkan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Electronic Cigarette or Vaping Products Use Associated Lung Injury (EVALI) pada tahun 2021 bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes-kes EVALI,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI