fbpx

Masalah mata, kini bergantung pendapatan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD (duduk) bersama tiga anak dan isterinya di rumah mereka di Taman Desa Maju Perak di Langkap Pasir Salak baru-baru ini.

PASIR SALAK – Seorang bekas kelindan lori sawit yang ­mengalami masalah penglihatan sejak dua tahun lalu akibat kemala­ngan merayu bantuan orang ramai untuk membolehkannya menjalani pembedahan mata.

Ahmad Omar, 58, berkata, masalah penglihatan yang dialami menghalangnya untuk terus bekerja bagi menyara keluarga.

Ujarnya, kemalangan itu menyebabkan tulang rusuknya patah, selain mengalami kece­deraan di bahagian kepala yang secara tidak langsung menjadi punca kepada masalah penglihatannya.

“Saya telah menjalani rawatan susulan di hospital dan dimaklumkan oleh doktor bahawa kedua-dua mata mengalami ke­rosakan.

“Sekiranya mahu pulih, kedua-dua kanta mata perlu dibedah, yang mana kos bagi pembedahan itu mencecah RM3,000,” katanya kepada di kediamannya di Taman Desa Maju Perak di Langkap dekat sini baru-baru ini.

Ahmad berkata, dia berasa terkilan kerana sekarang dia bergantung kepada pendapatan isteri dan anak­nya yang bekerja.

Katanya, isteri, Hasnah Ibrahim, 50, bekerja kilang, manakala anak pula sebagai pembantu di farmasi.

“Pendapatan mereka digunakan untuk membeli barangan keperluan harian serta pakaian, selain sewa rumah RM250 sebulan.

“Saya tidak mahu terus-menerus bergantung kepada mereka untuk menyara keluarga.

“Buat masa ini, saya hanya menerima bantuan Baitulmal bernilai RM300 pada setiap bulan,” katanya.

Selain itu ujarnya, dia juga dibantu oleh adik-beradik yang lain, namun memahami ia tidak berpanjangan kerana mereka mempunyai tanggungjawab kepada keluarga ma­sing-masing.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Hasnah Ibrahim di 0823041100036729 (Bank Simpanan Nasional).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI