fbpx

Helikopter hantar budak sekolah di Setia Alam disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter yang membawa pelajar sekolah swasta itu di Setia Alam, Shah Alam.

SHAH ALAM – Polis membuat satu laporan berkaitan isu tular sebuah helikopter mendarat dipercayai menghantar seorang pelajar sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Setia Alam, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pesawat itu mendarat di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 pada 17 April lalu.

“Helikopter berkenaan dipercayai mendarat selama 15 minit, kira-kira pukul 8 pagi di kawasan tersebut. Satu laporan polis dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KBKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, tular gambar memaparkan helikopter itu mendarat di sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Setia Alam sebelum seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan pesawat itu dengan juruterbang berdiri di tepinya.

Difahamkan, ia kali kedua helikopter mendarat di kawasan itu namun penduduk tidak merakam kejadian pertama sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI