fbpx

Wanita maut, Perodua Kancil rempuh belakang lori 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil yang merempuh belakang lori 10 tan di Jalan Lundu-Bau, berhampiran Kampung Stenggang tengah malam tadi.

LUNDU – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaikinya merempuh belakang lori 10 tan di Jalan Lundu-Bau, berhampiran Kampung Stenggang pada tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.33 malam dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu serta BBP Bau ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa berusia 64 tahun yang tersepit di tempat duduk bahagian hadapan Perodua Kancil berkenaan menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi mengalami kecederaan di kepala dan telah dikeluarkan oleh orang awam serta dihantar ke Hospital Bau.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik dari Hospital Bau dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pemandu lori terbabit iaitu lelaki berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata operasi tamat pada pukul 2.53 pagi dan setelah keadaan terkawal, pasukan bomba berangkat balik ke balai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI