fbpx

USIM lancar nombor plat khas ‘UN’, sasar bidaan cecah RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) dan Sharifudin Md. Sharaani (empat kanan) bersama Hanif Yusabra Yusuf (tiga, kiri) pada Majlis Pelancaran Nombor Plat Khas USIM ‘UN’ di Bangunan Canselori, USIM, Nilai, hari ini.

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mensasarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘UN’ dengan bidaannya bermula esok hingga 25 Jun ini mencecah nilai jualan RM4 juta.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Ts. Sharifudin Md. Sharaani berkata, ia apabila nombor plat khas USIM ‘UN’ itu dilancarkan hari ini selepas kelulusan penggunaan nombor pendaftaran khas kenderaan itu telah dikeluarkan dan diberikan kepada USIM pada 20 Mac lalu.

“Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan dengan tujuan menjana pendapatan untuk membantu pelajar termasuk pemberian biasiswa, mobiliti pelajar, penambahbaikan kualiti penyelidikan dan pembangunan universiti.

“Bidaan plat kenderaan berbeza mengikut nombor bermula daripada RM1,500 hingga RM800,000 bagi plat UN 1 hingga UN 9999 yang akan dibuka bermula esok sehingga 25 Jun pada pukul 12 tengah hari,” katanya selepas Majlis Pelancaran Nombor Plat Khas USIM ‘UN’ di Bangunan Canselori, USIM di Nilai, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Sharifudin ketika berucap sebelum itu berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 sebelum ini telah bersetuju bahawa penggunaan nama universiti awam melalui nombor pendaftaran khas boleh digunakan sebagai salah satu sumber penjanaan kepada universiti.

Kombinasi kedua-dua huruf UN ini diambil bagi mewakili huruf ‘U’ yang merupakan awalan perkataan USIM manakala ‘N’ merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi Negeri Sembilan.

Bagi mereka yang berminat melayari laman web www.unplat.com.my bagi melakukan pembidaan nombor pendaftaran UN ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI