fbpx

Hak penjagaan anak, Hafidz, Shuhada gagal capai kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ Roshdi dan Nur Shuhada gagal capai kata sepakat dalam prosiding pertama tuntutan hadanah dua anak mereka semalam.

SHAH ALAM – Tiada persetujuan dicapai  antara pelakon popular, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada dalam prosiding tuntutan hadanah (hak penjagaan) dua orang anak mereka.

Peguam syarie yang mewakili Hafidz, Umi Kartini Abdul Latif memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan semula prosiding tersebut.

“Hari ini proses sulh sudah berjalan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak.

“Tarikh untuk sebutan semula pada 12 September depan itu sebab tiada penyelesaian dan persetujuan dicapai sebentar tadi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Katanya, perbincangan yang berlansung pada hari ini bagi mendapatkan hak lawatan bersama dua anak mereka iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

“Perbincangan proses lawatan anak-anak dan kes berkaitan hadanah dihadapan pegawai sulh tetapi tak capai persetujuan bersama, jadi kita teruskan di mahkamah.

“Anak guam saya masih boleh berkompromi mengenai hak berkaitan lawatan anak-anak.

“Sekiranya ada perbincangan dan penyelesaian sebelum 12 September ini, kami akan maklumkan kepada pihak mahkamah sebab perkara ini membabitkan anak-anak dan kedua-duanya mempunyai hak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi pula masih kekal dengan pendirian enggan memberi sebarang kenyataan berhubung prosiding yang berlangsung hari ini.

“Tiada komen, bercakap dengan peguam saya,” jawabnya ringkas dengan wajah muram.

Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) pula pada 12 Mei terhadap dua anaknya Humairah dan Umar.

Difahamkan, hadanah interim difailkan agar anak guamnya diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.

Mahkamah Rendah Syariah di sini juga menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.

Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Untuk rekod, Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan iaitu Humairah dan Umar.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI