fbpx

Bersediakan kita robot AI ganti tenaga manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Forum Ekonomi Dunia di Davos bukan acara tarikan awam seperti konsert antarabangsa, apatah lagi bagi rakyat Malaysia.

Namun, pada tahun 2020, Davos membunyikan siren amaran yang menggetarkan kerajaan dan marhaen.

Ia meramalkan sebahagian besar pekerjaan di dunia terutamanya kolar biru, bakal diambil alih robot dan aplikasi komputer hasil revolusi teknologi kepintaran buatan (AI).

Tidak lama kemudian, bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sach mengeluarkan ramalan sehingga 300 juta pekerjaan akan diambil alih AI sedikit masa lagi, hasil kemajuan berterusan teknologi tersebut.

Mengambil apa yang tersirat, apa yang mereka katakan adalah dunia kini melalui transformasi ketamadunan pacuan robotik dan kepintaran mesin.

Apa yang menakutkan adalah, tiada satu pun negara, agensi antarabangsa, institusi pemikir atau konglomerat global bersuara menyeru untuk menekan brek.

Sejak dahulu lagi, Barat natijahnya adalah tiada sekatan terhadap sains dan teknologi. Sains untuk kemajuan dan demi kemajuan.

Perkara ini berlaku kerana keuntungan dan sifat tamak manusia. AI membolehkan konglomerat -konglomerat memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan tenaga manusia.

Sedikit masa lagi, mesin dan robot AI akan menggantikan pekerja kilang, doktor bedah, arkitek, jurutera, jurujual dan banyak lagi, manakala peranan mereka akan semakin mengecil begitu juga gaji yang ditawarkan.

Di jalan-jalan raya pula, pengangkutan tanpa pemandu seperti teksi, tren dan treler akan mula menjadi satu realiti.

Mesin AI juga berupaya ‘berfikir’, menjadi lebih bijak dan jika maju setapak lagi memiliki kemahuan to preserve itself atau self preservation.

Tema inilah yang ditampilkan dalam siri filem sains fiksyen popular, The Terminator.

Syarikat -syarikat gergasi teknologi tidak akan berhenti untuk meneroka bidang AI atas dasar jika kamu tidak mahu membuatnya, pihak lain akan membuatnya.

Gergasi-gergasi AI ini juga satu hari nanti, akan menjadi lebih kuat daripada negara dan kerajaan, manakala masyarakat ‘antara dua darjat’ akan muncul semula dalam erti kata lain kelas pertengahan tidak akan wujud lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN