fbpx

Rokok elektronik boleh cetus komplikasi EVALI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gejala penghidap EVALI adalah kegagalan  pernafasan, cirit-birit dan sakit dada yang boleh mengakibatkan komplikasi serius.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan, tabiat menghisap rokok elektronik atau vape dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan ‘E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (EVALI).

KKM menerusi Twitter berkata, antara gejala penghidap EVALI adalah kegagalan  pernafasan, cirit-birit dan sakit dada yang boleh mengakibatkan komplikasi serius.

Tambahnya, dakwaan sesetengah pihak yang merasakan penggunaan rokok elektronik tidak memudaratkan, adalah tidak benar.

KKM juga turut berkongsi bahawa gejala awal EVALI boleh mengakibatkan batuk, mual dan muntah, berat badan menurun serta sakit abdomen.

Bukan itu sahaja, EVALI juga mampu mencetuskan komplikasi yang serius kepada pesakit, antaranya sindrom sukar bernafas akut dan memerlukan bantuan oksigen secara berterusan.

Dalam masa sama, KKM menasihatkan orang ramai supaya menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik untuk kesihatan yang lebih baik.

“Hentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape untuk mencegah Evali, supaya dapat bernafas dengan baik hingga akhir hayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI