fbpx

2 bot bersauh di kawasan taman laut ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bot nelayan tempatan ditahan APMM Zon Maritim Mersing selepas bersauh di taman laut berhampiran Pulau Mensirip, Mersing, semalam.

MERSING – Tindakan dua bot nelayan tempatan bersauh di taman laut mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing pada kedudukan lebih kurang 0.3 batu barat Pulau Mensirip di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, dua buah bot nelayan tempatan Kelas B tersebut itu ditahan sekitar pukul 12.30 tengah hari oleh pasukan peronda Maritim Malaysia ketika melaksana OP JAKSA dan OP TIRIS.

Ujarnya, ketika pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot nelayan tempatan itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu berlabuh di dalam taman laut pada kedudukan kurang dua batu nautika daripada daratan dan dan pemilik kedua – dua bot nelayan tersebut tidak mengusahakannya sendiri.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tujuh kru daripada kedua -dua bot nelayan tersebut merupakan warga tempatan dalam lingkungan berumur lingkungan 26 hingga 55 tahun termasuk tekong,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaizan berkata, kedua-dua kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan.

Katanya, bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI