fbpx

Jenazah Muhammad Zikry kebumi di Kampung Terang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Wafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Terang petang ini.

GEORGE TOWN – Jenazah penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan akibat kejadian ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu awal pagi tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Terang, Balik Pulau petang ini.

Muhammad Wafiq Zikry Mohd. Farid Amirol Shah, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggangnya dipercayai dihempap pokok ru kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Difahamkan, jenazah anak kedua daripada dua beradik itu akan dikebumikan selepas solat asar sejurus bedah siasat ke atasnya yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selesai tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, beliau telahpun menghubungi bapa mangsa bagi mendapatkan maklumat dan akan menguruskan segala perbelanjaan bagi urusan mandi serta kafan jenazah Muhammad Wafiq.

“Saya dimaklumkan bapanya yang mangsa ke Padang Kota dan kejadian berlaku ketika puting beliung di lokasi berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu membabitkan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Perodua Myvi serta tiga buah motosikal jenis Yamaha LC 135, Y15 dan Avantiz.

Bagaimanapun, hanya tiga mangsa yang cedera manakala enam individu lain tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI